skip to main | skip to sidebar

Mat Nasionalis

Bangsa Melayu tidak akan hilang di dunia selagi ia berpijak di alam nyata bukannya di alam khayalan

15 May 2009

Nizar vs Zambry: Antara hormati undang-undang dan taati Raja


Kemelut menentukan siapakah Menteri Besar Perak dilihat semakin rumit dan mencabar.

Pelbagai pihak membuat andaian masing-masing termasuk cuba meneka apakah kesudahan episod yang sudah berlarutan lebih tiga bulan selepas Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dilantik menggantikan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin pada 6 Februari lalu.

Cuma apabila ada pihak membuat tafsiran mengikut rasa dan fahaman politik masing-masing, kemelut ini dilihat seolah-olah hanya boleh diselesaikan melalui pilihan raya kecil di Perak.

Sebenarnya, jika diteliti dan diamati, kes yang dikemukakan Nizar ke Mahkamah Tinggi untuk mencabar kesahihan perlantikan Zambry dan menganggap dirinya masih Menteri Besar tidak terlalu sukar diselesaikan.

Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah memang betul dan patut diterima semua pihak termasuk Barisan Nasional (BN) mahupun pembangkang di negeri itu.

Hakim itu mendapati Nizar tidak mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Walaupun tidak melihat alasan penghakiman Abdul Aziz tetapi tidak dilaporkan beliau membuat sebarang keputusan mengatakan perlantikan Zambry sebagai Menteri Besar adalah salah atau Zambry perlu melepaskan jawatan itu kepada Nizar.

Difahamkan, tujuan sebenar Nizar membawa kes berkenaan ke mahkamah adalah untuk mengesahkan beliau Masih Menteri Besar kerana i) tidak berlaku pembubaran DUN, ii) tidak ada undi tidak percaya padanya di persidangan DUN dan iii) tidak berlaku perletakan jawatan oleh beliau.

Memang Nizar ada memohon pengisytiharan Zambry bukanlah Menteri Besar yang sah dan tidak berhak jawatan itu tetapi seperti dinyatakan di atas, tiada ada laporan hakim memutuskan perkara itu.

Memandangkan kes penentuan Menteri Besar ini masih dalam lingkungan mahkamah selepas Zambry berjaya mendapatkan penangguhan pelaksanaan keputusan itu melalui Mahkamah Rayuan dan Nizar pula mengemukakan permohonan mengetepikannya, adalah tidak wajar perkara dan kuasa mahkamah disentuh.

Cuma tidak salah untuk semua pihak memikirkan bahawa dalam menghormati keputusan mahkamah, keputusan Sultan Perak, Sultan Azlah Shah melantik Zambry sebagai Menteri Besar juga harus ditaati.

Baginda membuat keputusan itu kerana percaya dan yakin Zambry mendapat kepercayaan 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN serta sokongan tiga Adun Bebas.

Sultan Azlan mengambil langkah betul dengan kuasa muthlaknya melantik Zambry dengan mematuhi segala peraturan.

Maka tiada siapa mahupun mahkamah boleh meragui tindakan baginda dan harus menerima kenyataan bahawa Zambry kini masih Menteri Besar yang sah berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Persoalan kemelut ini sebenarnya adalah kerana Perak mempunyai dua orang Menteri Besar dengan Zambry dibuat atas perlantikan kuasa Sultan manakala Nizar pula masih sah menjawat jawatan itu berdasarkan keputusan mahkamah.

Bagi penyelesaiannya adalah sama ada Nizar atau Zambry meletak jawatan ataupun membenarkan sidang khas DUN Perak memutuskan siapakah antara mereka kekal Menteri Besar melalui undi percaya oleh ahli-ahli DUN.

Jika selama ini semua pihak termasuk pembangkang melaung-laungkan soal menghormati majoriti, maka biarlah majoriti ahli-ahli DUN memutuskannya.

Langkah ini sekaligus membolehkan semua pihak menghormati undang-undang atau mahkamah dan dalam masa sama mentaati Raja-Raja.

Soalnya adakah Nizar sanggup?. Dengan majoriti 31 Adun yang memihak BN, Nizar dan rakan-rakan PAS, DAP dan PKR yang hanya ada 28 sokongan sudah tentu menolak cadangan ini.

Awal-awal lagi Nizar memilih untuk memohon Sultan Perak membubarkan DUN supaya pilihan raya negeri dapat diadakan kerana percaya pembangkang dapat menawan semula majoriti DUN dan beliau akan kekal sebagai Menteri Besar.

Nizar lupa bahawa kemelut sekarang adalah untuk menentukan Menteri Besar Perak bukannya memilih kerajaan yang akan mentadbir negeri itu.

Tindakannya kini jelas lebih bersifat peribadi dengan menjadikan alasan kononnya kemelut ini perlu undi rakyat negeri Perak sebagai penyelesaian.

Tidak hairanlah dalam sidang medianya selepas keluar pejabat Menteri Besar petang Selasa, Nizar mendakwa keputusan yang diperolehi Zambry melalui Mahkamah Rayuan membelakangkan rakyat.

Sekadar bertanya, siapakah yang membelakangkan rakyat dan siapakah yang membelakangkan kuasa majoriti?

Jawapan pada persoalan dan tindak tanduk Nizar dalam kemelut ini mendedahkan bahawa beliau seorang yang hanya berani berumah di tepi pantai, tetapi tidak sanggup di pukul ombak.

Kalau Nizar benar-benar berani, mintalah speaker DUN Perak mengutus surat mohon perkenan Sultan Perak supaya diadakan sidang khas bagi membuat penentuan siapa lebih majoriti untuk kekal sebagai Menteri Besar dan yang tewas haruslah meletak jawatan.

Dalam hal ini, Agendadaily teringat kenyataannya ketika sidang media petang Selasa di Wisma DAP apabila diajukan soalan mengenai sokongan majoriti ini.

Kata Nizar, “Kalau nak uji majoriti, bawalah ke DUN. Jangan cakap di luar…Sayapun boleh cakap begitu,”.

Jadi apa kata Nizar buktikan kata-katanya.- Agendadaily

Posted by Mat Nasionalis at 1:36 AM

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

About Me

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
View my complete profile

Daulat Tuanku

Daulat Tuanku
We are with the Sultan of Perak

Pegangan ku

Alang-alang mencelok pekasam biar sampai ke pangkal lengan

Papers/Sites

  • Agenda Daily
  • Anti War Forum
  • Berita Harian
  • Bernama
  • Malaysiakini
  • Malaysian Business
  • New Straits Times
  • The Star
  • Utusan Malaysia

Blog Archive

  • ▼  2009 (65)
    • ►  June (4)
    • ▼  May (22)
      • Dr Zambry kekal MB Perak yang sah - keputusan Mahk...
      • MB vs MB: Judgment on the appeal by Dato Zambry to...
      • Pilu seorang bapa, suami
      • Perubahan besar UMNO Perak
      • Kota Buku mercu tanda baru KL
      • Umno Youth urges MACC to investigate money politic...
      • Stop internal bickering, BN Components told
      • Danish reality TV sorry over Malaysian nude scene
      • Tidak perlu pilihan raya baru Perak kata Tun Mahathir
      • Nizar vs Zambry: Antara hormati undang-undang dan ...
      • Battle for post of MB Perak continues
      • Mahkamah Rayuan benarkan permohonan Dr Zambry
      • UMNO jangan terlalu bernostalgia kata Najib
      • Lu fikirlah sendiri...
      • Antara kesalahan ADUN Pembangkang masa sidang DUN ...
      • Academy Award untuk Sivakumar , Nizar dan rakan-ra...
      • Assembly of shame
      • Perak Regent admonishes Nizar to respect royal add...
      • Menjelang Sidang DUN Perak... macam-macam gila ada
      • Zambry lodges police report against Khalil Idham Lim
      • Senarai Ketua Pemuda UMNO Negeri
      • Dato Saravanan, apologise to the doctors involved
    • ►  April (13)
    • ►  March (18)
    • ►  February (8)
  • ►  2008 (10)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (6)

Followers

Subscribe To

Posts
Atom
Posts
Comments
Atom
Comments