Dengan keputusan itu, Dr Zambry terus kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah setelah dilantik oleh Sultan Perak ekoran Nizar telah hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Penal tiga hakim yang membuat keputusan itu terdiri dari Datuk Md Raus Sharif, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop.

Dalam penghakiman disampaikan oleh Md Raus, ketiga-tiga hakim itu antara lainya memutuskan:

1. Kuasa untuk membubarkan DUN adalah hak mutlak Sultan Perak;

2. Permohonan untuk membubarkan DUN di bawah Perkara 16.6 Undang-Undang jelas menyatakan sekiranya Sultan Perak tidak memberikan perkenan untuk membubarkan DUN, Nizar mesti meletakan jawatan. Permohonan Nizar bubarkan DUN di bawah Perkara 36.2 tidak terpakai kerana peruntukan itu hanya untuk membubarkan DUN sekiranya tempoh penggal DUN telah tamat (iaitu lima tahun);

3. Semasa Nizar mengadap Sultan Perak pada 4 Februari 2009, jelas beliau telah hilang kepercayaan dan tidak menguasai majoriti dalam DUN Perak;

4. Tindakan Sultan Perak menemui 31 ADUN sebelum melantik Dr Zambry sebagai Menteri Besar bagi sahkan sokongan kepada Barisan Nasional adalan tidakan yang tepat dan betul;

5. Tiada peruntukan di bawah Undang-Undang Tubuh Negeri Perak yang memerlukan undi tidak percaya dibuat dalam DUN bagi menggugurkan Nizar sebagai Menteri Besar; dan

6. Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi mengesahkan Nizar sebagai Menteri Besar kerana Hakim Mahkamah Tinggi pada masa membuat keputusan itu telah khilaf dalam membuat tafsirannya.

Pada 11 Mei Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim semasa membuat keputusan antara lain menyatakan, Nizar sah sebagai Menteri Besar kerana tiada pembubaran DUN, tiada undi tidak percaya dibuat terhadapnya di dalam DUN..

Kedudukan Nizar sebagai Menteri Besar tergugat apabila tiga Ahli ADUN pembangkang iaitu dua daripada PKR dan satu daripada DAP mengisytiharkan keluar parti masing-masing dan menjadi ADUN Bebas dan menyokong BN untuk membentuk kerajaan negeri yang baru.

Dengan sokongan itu, BN yang sebelum ini mempunyai 28 kerusi mendapat sokongan 31 ADUN manakala pembangkang yang sebelum ini mempunyai 31 kerusi tinggal 28 kerusi sahaja.

Sementara itu Ahli Exco Kerajaan Negeri Perak Datuk Hamidah Othman dan Datuk Ramly Zahari yang ditemui di situ menyuarakan rasa lega dan bersyukur dengan keputusan itu.

Seperti kebiasaannya bila keputusan mahkamah tidak memihak,kira kira 150 penyokong pembangkang jerit takbir dan reformasi di kawasan Mahkamah Rayuan bila dapat tahu Nizar kalah. - Agendadaily 22/5/2009