28 + 3 = 31 VS 28.Angka itu adalah jelas 28 wakil Barisan Nasional campur tiga Bebas yang sokong BN adalah tiga kerusi melebihi wakil DAP,PKR dan PAS sebanyak 28 orang.

Apapun Pakatan Pembangkang masih nak buat macam orang yang tak tahu campur tolak mudah.

Dulu masa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengendap nak cekup 30 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional ajak lompat untuk tubuh kerajaan pintu belakang, semua mereka sudah berangan nak pasang badan melangkah masuk ke Putrajaya dan tak bising serta tak timbul langsung soal sah ke tak sah kalau ia benar benar berlaku.

Macam-macam cara dibangkitkan untuk mengagalkan Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang sudah ditetapkan pada 7 Mei ini.

Malah peguam pembangkang jenuh mengeluarkan tafsiran dalam laman web parti PAS www.harakahdaily.net keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu tidak bererti sidang DUN boleh diadakan.

Apapun peguam UMNO berkata mengikut tafsiran mereka sidang DUN boleh diadakan.Tafsiran yang panjang lebar itu telah disiarkan dalam laman web rasmi parti itu www.umno-online.com.

Dalam pada itu Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah memberi perkenaan baginda sidang berkenaan diadakan.

Bagi Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sidang DUN itu tetap akan diadakan pada 7 Mei ini.

berkata persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadualkan berlangsung pada 7 Mei ini akan tetap diteruskan walaupun Speaker V. Sivakumar masih berdolak dalik mengenai tarikh tersebut.

Bercakap kepada para wartawan di Ipoh Sabtu beliau menilai masalah mengenai tempat duduk yang ditimbulkan wakil DAP, PAS dan PKR adalah isu remeh yang menunjukkan mereka tidak matang berpolitik.

"Jangan bersikap seperti anak kecil dan menunjuk-nunjuk di khalayak ramai...apa yang diperkatakan mereka bahawa Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) mempunyai jumlah kerusi yang sama iaitu 28 kerusi adalah tidak betul kerana di bahagian BN terdapat tambahan tiga kerusi Bebas," katanya selepas merasmikan mesyuarat agung Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Perak.

Zambry berkata kedudukan berkenaan adalah serupa semasa Pakatan PAS-DAP-PKR memerintah dengan jumlah 31 kerusi tetapi pada kali ini jumlah majoriti berkenaan dimiliki BN.

BN memperoleh majoriti apabila dua wakil PKR dan seorang daripada DAP mengisytihar diri sebagai wakil Bebas dan menyokong BN.

Sementara itu mengenai pemilihan beliau sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, katanya keutamaan beliau adalah untuk melaksanakan prinsip-prinsip yang ditekankan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak agar mendahulukan rakyat dalam apa jua keadaan.

"Saya berikrar akan memberi keutamaan kepada perkhidmatan untuk rakyat dan memastikan keberkesanannya bagi memastikan parti ini (UMNO) akan terus diterima," kata beliau.

Menurutnya, cabaran berkenaan bagaimanapun perlu digalas bersama oleh semua anggota parti sebagai satu pasukan.

"Saya percaya kerja yang dilakukan secara berkumpulan dan berpasukan akan memberi hasil yang amat memuaskan dan oleh itu saya memerlukan sebuah pasukan yang mantap yang boleh memberikan kerjasama dan perkhidmatan tanpa berbelah bagi," tambah beliau.-25/4/2009 Agendadaily