KUALA LUMPUR: Umno tetap menjunjung kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara dengan Raja-Raja Melayu sebagai payung negara dan negeri, kata Datuk Seri Najib Razak.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, Raja-Raja Melayu menjadi elemen penting kepada "supremasi Perlembagaan" dan walaupun dalam sistem itu raja bertakhta tetapi tidak memerintah dan setiap kerajaan tetap mentadbir atas nama baginda sebagai ketua cabang eksekutif.
"Oleh itu, jika orang-orang Melayu sendiri tidak menunjukkan rasa hormat kepada raja-raja kita yang selama ini menjadi asas kestabilan dan simbol perpaduan, maka, siapa lagi?" katanya berucap merasmikan serentak persidangan perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam ini.
Justeru, Najib mengingatkan parti pembangkang tidak memutarbelitkan fakta sejarah berhubung tindakan Umno meminda undang-undang berkaitan raja-raja sebelum ini.
Beliau berkata, tindakan itu dibuat bukan dengan "mala fide" (berniat jahat) tetapi dengan hasrat murni untuk mengekal dan melindungi kemuliaan raja-raja dalam usaha memperteguhkan doktrin pengasingan kuasa yang mendasari sebuah kerajaan demokrasi.
"Di sini, suka saya mengingatkan kepada semua orang Melayu, janganlah nanti sudah terhantuk baru terngadah. Pada pihak yang telunjuknya lurus tetapi kelingking berkait, janganlah pagi sembah setia tetapi petang sembah derhaka," katanya.
MatNasionalis: Apalah nasib orang Melayu tanpa Raja-Raja Melayu ? Raja lah yang akan menjadi pelindung orang Melayu akhirnya. Lihatlah di Perak beberapa kerat orang Melayu dari Pas dijadikan boneka oleh Dap parti yang sebenarnya memerintah Perak. Apa tidaknya Dap ada 6 kerusi exco, Pas 2 dan Pkr 3 (2 Melayu dah jadi Adun Bebas kerana tidak setuju dengan Dap lebih dua lagi sepupu dalam Dap Perak yang mengganas dan chavinis dan kuat semangat kecinaan mereka) Tak kan Melayu dalam Pas dan Pkr tak sedar yang mereka dipergunakan. Jangan ikut hati dan emosi. Ikut rasional dan fikirkan siapa yang untung dan siapa yang rugi semasa kerajaan yang ditunjangi oleh Dap ini memerintah Perak selama sepuloh bulan ?

No comments:
Post a Comment