20 February 2009

Abdullah anggap Sivakumar bantah keputusan Sultan Perak

PUTRAJAYA 19 Feb. — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menganggap tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar melarang Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri persidangan dewan itu selama 18 bulan sebagai membantah dan menentang keputusan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Perdana Menteri berkata kerajaan negeri Perak bagaimanapun akan terus berfungsi dan menjalankan pentadbiran sebagaimana yang dikehendaki oleh rakyat dan sebagai kerajaan yang sah.

“Speaker tidak boleh menghalang. Pelantikan MB dan exco diperkenan oleh Sultan dan (mereka) mengangkat sumpah di hadapan baginda. Mereka dilantik secara sah.

“Maka, bagi saya, tindakan spekaer itu boleh disifatkan sebagai tidak menghormati keputusan Sultan Perak,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Tabung Kemanusiaan Bagi Kenak-kanak gaza di kediamannya, Seri Perdana, di sini hari i

MN: Nampaknya Sivakumar telah melatah bila mengeluarkan keputusannya. Saya tak fikir dia jahil yang Dato Zambry dilantik oleh Sultan Perak atas kuasa baginda. Nampaknya Pakatan Rakyat amat bercelaru sekali. Nanti takut tindakan mereka melukakan hati orang Melayu dan kebanyakan rakyat Perak. Boleh memakan diri sendiri. Anwar kata tidak akan menyawan Sultan Perak tapi nyata tindak-tanduk anak buah nya adalah kearah itu.


1 comment:

  1. Boleh kah Sivakumar membuat keputusan tersebut? Mungkin ada peguamnya ada memberi nasihat. Dihat pihak UMNO pun buat 'homework' mereka' supaya bersedia menghadapi apa taktik musuh selanjutnya.

    ReplyDelete