20 March 2008

HENTIKAN PEMBERIAN SESUATU PROJEK KEPADA INDIVIDU

Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan Pak Lah yang baru ditubuhkan supaya mulai dari sekarang tidak memberikan sebarang projek besar/mega kepada seseorang individu.

Kita telah melihat di masa lepas bagaimana akibatnya bila projek atau pengswastaan sebuah khidmat kerajaan diberikan kepada individu. Perbuatan ini sekaligus membuat individu tersebut menjadi sombong dan angkuh apabila ia tiba-tiba menjadi kaya raya. Ini tidak akan mendatangkan faedah atau mendatangkan untung kepada UMNO dan Kerajaan. Sebaliknya individu tersebut dan keluarganyalah sahaja yang beruntung kerana sudah tiba-tiba jadi kaya raya. Dan dari pemerhatian tidak semestinya mereka ini akan secara otomatik menolong orang Melay lain. Kadang-kadang mereka ini lebih senang mempercayai orang lain daripada orang Melayu sendiri. Jadi apa berfaedahnya kerajaan memberikan projek kepada mereka ini yang kemudiannya tidak memenuhi kehendak Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk membantu orang Melayu lain. Akibatnya rakyat telah melihat DEB tidak menguntungkan mereka.

Jadi saya ingin mengesyorkan supaya sesuatu projek di masa hadapan bukan diberikan kepada individu tapi sebaliknya kepada pertubuhan atau kumpulan. Contohnya diberikan kepada anak syarikat PNB, Tabung Haji, Syarikat kepunyaan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia atau sesebuah Koperasi yang di miliki oleh ramai ahli. Dengan cara ini lebih ramai orang akan merasai faedah dari projek kerajaan tersebut. Dan semua pertubuhan ini hendaklah diawasi dengan rapi oleh agensi Kerajaan yang berkenaan supaya tiada rasuah dan salah guna kuasa boleh berlaku.

Penggagihan kekayaan negara ini perlu dilakukan dengan adil kalau UMNO dan BN mahu mendapatkan balik sokongan rakyat jelata. Didalam Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU 12) yang baru lalu jelas menunjukkan perasaan tidak puas hati rakyat dengan sesetengah polisi dan cara penggagihan peluang perniagaan kerajaan. Persepsi adalah meluas dikalangan rakyat bahawa terdapatnyanya rasuah, kronisme dan salah guna kuasa dalam kerajaan UMNO/BN.

Cara mengatasi persepsi rakyat ini ialah bila kerajaan tidak beri sesuatu projek besar/mega kepada individu tapi sebaliknya memberikannya kepada syarikat PNB, Dewan dan Koperasi yang membolehkan lebih ramai orang merasai faedahnya. Dengan cara ini rakyat akan tertarik balik untuk menyokong UMNO/BN semula.

Sekian dari Suara Hati.

1 comment:

  1. Salam Mat Nasionalis,

    Alhamdulillah, saya mendapat tahu blog ini melalui http://raduan-taib.blogspot.com/. Seperti saudara juga, saya bukanlah bekas wartawan dan saya amat bersyukur dapat membaca blog-blog yang bukan ditulis dari pihak wartawan atau bekas wartawan. Saya berbangsa melayu (itu yang tertulis di dalam kad pengenalan saya) dan bukan ahli di dalam mana-mana parti politik.

    Pendapat-pendapat saya mengenai penulisan blog ini adalah seperti berikut:

    1) Saya amat bersetuju agar kerajaan Pak Lah tidak memberikan sebarang projek besar/mega, sederhana dan kecil kepada seseorang individu. Saya malah berpendapat, perkara seperti ini tidak boleh berlaku mahupun dari dahulu.
    2) Saya mengesyorkan supaya projek-projek di masa hadapan dibuka kepada mana-mana organisasi perniagaan Malaysia yang terlayak dari pelbagai aspek seperti:
    a) Kualiti terbaik
    b) Kos terendah
    c) Penyenggaraan yang lebih professional
    d) Perkhidmatan yang lebih professional

    Dengan cara ini, rakyat Malaysia secara keseluruhannya dapat bersaing dengan lebih sihat dan terus memajukan diri. Cara ini juga dapat memberikan keadilan di dalam perlaksanaan sesuatu projek.

    Keadilan adalah penting untuk membina sebuah negara yang aman sejahtera.

    ReplyDelete