17 March 2008

MELAYU MESTI BERSIKAP POSITIF

Cuba kita fikirkan DAP yang menang banyak kerusi di Pulau Pinang adalah atas undi orang Melayu.

Tapi apa portfolio yang diberikan kepada Exconya dari orang Melayu? Kalau tak silap jaga hal ehwal agama dan pembangunan masyarakat. Inilah real politik.

Adakah pengundi Melayu yang mengundi Dap baru-baru ini sedar perkara ini? Dalam kerajaan negeri yang penting ialah hal tanah , industri, perumahan. Semua ini dipegang exco Dap. Perancangan ekonomi di pegang oleh Dap juga.

Adakah hal ehwal agama dan pembangunan masyarakat saja yang termampu di pegang oleh orang Melayu yang hari ini yang sudah ada ribuan pemegang PhD.


Fikirlah nanti kalau Dap pegang kerajaan pusat adakah orang Melayu puas hati jadi menteri kebajikan dan pembangunan masyarkat. Adakah orang Melay menokong Dap rela perkara ini terjadi.

Ini tidak mustahil kalau orang Melayu berpecah tiga. Contoh yang baik Perak. Dap dapat 6 kerusi, Pkr 3 kerusi dan Pas satu kerusi exco. Tentu nya dari Dap semua cina, dari Pkr satu Melayu, satu Cina dan satu India. Pas tentulah Melayu.

Dengar nya bakal exco Melayu dari Pkr yang juga sebelum ini ada dicalunkan sebagai MB ialah seorang bekas posman? Saya tak merendah orang tapi bandingkan dengan ketua Dap Perak seorang peguam.

Jadi exco Melayu hanya dua dan MB. Ia tidak melambangkan peratusan penduduk di mana orang Melayu merupakan 43% dari penduduk Perak pada tahun 2000. Akibatnya mereka ini akan jadi patung sajalah kepada Dap.

Adakah ini yang orang Melayu mahu?


Di harap gulungan muda Melayu akan merenung perkara ini. Politik bukan saja proses mengundi tapi juga pengagihan kuasa yakni siapa yang dapat kuasa di peringkat negeri dan negara.

Ternyata di Perak Pulau Pinang dan Selangor , Melayu sudah tidak kuasa dan pengaruh lagi.
Tapi masih belum terlambat.

Kita masih boleh membuat sesuatu untuk mengembalikan kuasa Melayu.

Yang penting kita Melayu mesti bersikap positif dan perbetulkan apa-apa kelemahan orang kita.


Kita tidak mahu anak cucu kita mengkencing kubur kita kerana tidak atau enggan berbuat sesuatu.

Dan tentunya kita tidak mahu Pulau Pinang menjadi Singapura kedua.

1 comment:

  1. Pertama sekali saya ingin minta maaf kalau terkasar bahasa.

    Ada kawan saya mengatakan perkara yg sama seperti apa yg penulis tulis - bahawa Melayu yang mengundi DAP 3 minggu lepas sudah ditipu dengan idea "persamaan hak oleh tiap-tiap kaum" kerana lihatlah sahaja Penang dan Perak. Bilangan kerusi exco yang dipegang Melayu sudah berkurangan.

    Seperti apa yang penulis tulis sebagai tajuk (Melayu mesti bersikat positif), saya minta maaf, tapi terus terang saya tidak nampak ini dalam diri tuan. Segala hujah nampaknya seperti negatif dan seolah-olah melayu akan hilang semua hak di Malaysia. Adakah positif untuk kita mengatakan bahawa sudah tidak ada harapan lagi untuk masyarakat Melayu? Seperti UMNO juga, Melayu mesti bangun dari tidur. Terlalu banyak bantuan menyebabkan kita sendiri lemah. Nah, sekarang baru nampak perlunya ada persaingan, saya pasti Melayu juga akan ramai yang mula berjaya.

    Saya seorang Melayu dan saya faham perubahan di setengah2 negeri membawa kegusaran di hati masyarakat melayu. Namun, kebanyakan isi-isi yang tuan tulis sememangnya berbunyi sama dengan apa yang kita boleh baca di Utusan atau mana-mana akhbar mainstream di Malaysia yang tidak habis-habis dengan hujah negatifnya, seperti pilihanraya belum habis lagi. Propaganda menakut-nakutkan orang Melayu memang selalu digunakan oleh BN untuk membuatkan orang rasa takut. Hasilnya, mereka berjaya mempengaruhi minda kebanyakan dan saya percaya kalau pilihanraya diadakan semula esok, mungkin ramai yang tidak akan mengundi PKR, DAP dan PAS lagi. Ini amat menyedihkan.

    Jika kita baca berita dari sumber-sumber lain, kegusaran sebegini amat kurang. Apa yang kita nampak dari sumber berita yang lain ini hanyalah perubahan daripada kerajaan yang memberi projek berbilion ringgit secara direct negotiation, kepada kerajaan yang membuatnya secara open tender dan boleh mengurangkan kos. Duit selebihnya boleh digunakan untuk membantu rakyat. Duit2 ini selama ini pergi ke poket2 kroni, dan sangat baik lah jika kita kembalikan duit2 ini ke saluran2 yang lain terutamanya untuk membantu keluarga2 yang ramainya masih miskin hingga kini. dan kebetulan pula ramai melayu yang miskin, mata akhirnya melayu jugalah yang akan mendapat manfaat daripada pentadbiran baru sebegini.

    Ingin saya ingatkan tuan bahawa Malaysia TIDAK AKAN sekali-kali menjadi seperti Singapura. Di singapura, hanya ada PAP dan pembangkang mereka sangatlah lemah. Tetapi di Malaysia, sekarang kita ada dua parti yang besar. PKR-DAP-PAS dan BN. Jika Lim guan eng meluluskan bantuan 100 juta kepada rakyat cina dan hanya 20 juta kepada rakyat melayu di pulau pinang, maka jangan risau, pengundi2 melayu cukup bijak untuk menjatuhkan kerajaan ini semula di pilihanraya akan datang. Hasilnya, LGE akan menjaga hak semua kaum secara adil dan saksama kerana dia masih mahu melayu juga undi dia pilihanraya akan datang. Dan mana lah tahu, sekiranya rakyat melayu di Penang mandapat manfaat yg lebih banyak daripada pentadbiran baru ini, kenapa melayu perlu mengeluh? jika LGE angkuh dan pentingkan cina sahaja, orang melayu akan bangkit menentang DAP pula.

    Inilah yang sepatutnya kita sebagai rakyat berasa gembira. Kita mempunyai pilihan. Jika mana-mana kerajaan tidak menjalankan tugas dengan betul, mereka akan dihukum supaya mereka insaf dan sedar. Jika rakyat boleh angkat mereka, rakyat juga dengan mudah boleh menurunkan mereka semula. Hasilnya, mana-mana kerajaan yang dipilih akan menjadi efisien kerana mereka mahukan undi penduduk. Tidakkah tuan setuju, ramai yang mengundi pembangkang kali ini kerana BN sudah terlalu angkuh dah mereka fikirkan orang akan tetap mengundi BN walau bagaimana korup pun mereka membahagi2kan kekayaan sesama mereka atas nama DEB?

    Benar, DEB sudah banyak membantu melayu, tetapi lama kelamaan hanya 20% sahaja kesannya yg dapat dirasai. Lain2 sudah dimanipulasi dan yang kaya bukannya rakyat tetapi kroni. Inilah yang kita perlu hentikan.

    Dan akhir sekali, ya, saya setuju orang melayu miskin perlu dibantu. syarikat-syarikat melayu kecil juga perlu dibantu untuk bersaing. di bawah pentadbiran yang efisyen, ini semua adalah normal. Dan kebetulan melayu ramai miskin dan mempunyai syarikat2 kecil, maka akhirnya mereka jugalah yang akan dapat bantuan kerajaan2 baru di 5 negeri ini. Tuan lihat sajalah. Saya berani mengatakan yang sikap sebegini barulah kita boleh panggil sikap yang positif dalam melihat hal ini. Lagipun, sampai bila melayu perlu di dukung kerajaan? sedikit demi sedikit masyarakat melayu kita sendiri perlu bangun dan bersaing di bumi yang nyata. Positifnya, mulai sekarang, melayu akan bangkit dan ramai antara kita akan menjadi tokoh2 dan usahawan berjaya atas tekanan untuk bersaing dengan yang lain.

    Percayalah, takdir tuhan 8 mac lepas tentunya ada hikmah disebaliknya.

    Sekali lg saya ingin memohon maaf jika ada terkasar bahasa.

    Assalamualaikum.

    ReplyDelete