“ Kesian Sivakumar ….” itu kata seorang wartawan agensi berita luar negara sewaktu berbual sejenak dengan wartawan Agendadaily pada petang Khamis diluar sebuah restoran yang terletak tidak jauh dari pintu masuk utama bangunan Perak Darul Ridzuan,Ipoh dimana terletak di dalamnya Dewan Undangan Negeri Perak.
Waktu itu sudah tersebar keluar cerita Speaker DUN Perak dari parti DAP itu diheret keluar dari dewan kerana berdegil enggan berganjak dari kerusinya.Ini setelah 28 ADUN Barisan Nasional dan tiga ADUN Bebas meluluskan lantikan Speaker baru R Ganesan.
Wartawan Agendadaily keluar seketika dari sidang DUN untuk berehat dan makan di restoran berkenaan setelah sidang dewan berlarutan dengan kekecohan antara ADUN pembangkang dan BN.
Wartawan agensi berita itu adalah antara sebilangan wartawan yang tidak dapat pas masuk ke dalam sidang DUN itu kerana tempat duduk yang terhad.
Semuanya sebanyak 102 pas akhbar dikeluarkan kepada para wartawan dan jurugambar oleh Jabatan Penerangan Perak.Itu pun kalangan wartawan dan jurugambar terpaksa bergilir masuk kerana masalah tempat duduk yang terhad.
Apa yang hendak dicatatkan di sini ialah bagaimana persepsi mereka yang tidak melihat sendiri kekecohan yang berlaku dalam sidang dewan itu dari awal hingga akhir dengan mereka yang di luar.
Kata wartawan berkenaan yang suaranya bernada simpati dia dengar Sivakumar telah diheret keluar secara kasar keluar dewan dan para ADUN BN telah menguasai sidang dan buli para ADUN pembangkang.
Menariknya wartawan itu terdiam bila ditanya tidakkah dia kesian pada Raja Muda Perak,Raja Dr Nazrin Shah yang terpaksa menunggu berjam-jam lamanya untuk merasmikan sidang DUN berkenaan.
Dia juga terdiam bila diberitahu bahawa sebenarnya para ADUN pembangkang yang mula bertindak liar menyerbu galeri para ADUN BN,buat bising segala macam.
Begitu juga halnya bila diberitahu ada ADUN DAP yang cukup kurang ajar sampai ada yang berdiri atas meja dalam sidang DUN menjerit kearah pada ADUN BN.
Dia juga terdiam bila diminta pandangannya tidakkah dia merasa motif sebenar para ADUN pembangkang buat kecoh itu hanya untuk mengagalkan perasmian sidang DUN berkenaan dengan harapan pada 13 Mei nanti sampai dateline DUN Perak kena bubar kerana tidak bersidang sekalipun dalam tempoh enam bulan.
Namun seperti yang dihighlight oleh kebanyakan media pro pembangkang dan blogger yang mendakwa diri mereka bebas mengenai sidang DUN itu lebih banyak bertumpu untuk mengambarkan seolah para ADUN pembangkang teraniya, dikasari,ditekan dan hak mereka dinafikan.
Untuk menguatkan persepsi tentang itu kebanyakannya menonjolkan gambar Sivakumar seperti dikasari,dicekik dan sebagainya sewaktu hendak diheret keluar dewan oleh para anggota polis.
Soalnnya apa cara lain untuk membawa keluar orang yang sengaja buat kering nak berkeras tidak mahu meninggalkan kerusinya walaupun Ganesan telah dilantik sebagai Speaker baru.
Siapa tahu itu juga gimik dan lakonan Sivakumar untuk mewujudkan persepsi bahawa memang betul beliau dikasari waktu diheret keluar.
Wartawan agensi berita itu yang tidak masuk dewan juga tidak melihat bagaimana para ADUN pembangkang bertindak mencerca bekas ADUN DAP Jelapang yang kini Bebas,Hee Yit Foong.Ada yang melempar wang kertas untuk menyindir seolah beliau dibeli.
Hanya mereka yang berada di dalam sidang dewan dapat melihat seluruh drama kekecohan itu yang bermula sejurus semua para ADUN masuk dewan pada jam 9.45 pagi bila Sivakumar terus buat pengumuman mahukan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco keluar.
Beliau juga membuat arahan sama kepada tiga ADUN bebas,selain Hee Yit Foong...Osman Jailu dan Jamaluddin Radzi,bekas PKR yang sokong BN.
Alasannya mereka tidak layak hadir sidang dewan kerana berpegang kepada keputusan yang dibuat olehnya dan para ADUN pembangkang sebelum ini.
Yang pasti Sivakumar tahu dengan 28 ADUN BN dan tiga ADUN Bebas yang sokong BN lawan 28 ADUN pembangkang mereka tidak ada harapan langsung lebih-lebih lagi ada usul hendak pecatnya sebagai Speaker.
Apa pilihan yang beliau ada kecuali ‘ buat gila’ berkeras pada keputusannya.Begitu juga para ADUN pembangkang lain.
Siapa yang melihat drama itu tahu kalau nak dilayan karenah Sivakumar dan para ADUN pembangkang sidang DUN tidak mungkin akan dapat diadakan.
Mereka terus buat kecoh tanpa langsung mempedulikan Raja Nazrin Shah yang sidang menunggu untuk merasmikan sidang berkenaan.
Kebanyakan wartawan,pemerhati serta para pegawai kerajaan yang berada dalam dewan kelihatan sering geleng kepala melihat kekecohan yang terus memuncak hingga sudah jadi macam ‘ budak-budak’.
Jelas sekali para ADUN BN dan Bebas banyak bersabar dalam menghadapi karenah pada ADUN pembangkang.
Dalam pada itu satu ketika kelihatan seorang ADUN BN yang sudah tidak tahan geram hendak meluru kearah seorang ADUN pembangkang hingga terpaksa ditahan oleh rakan-rakannya.
Seorang ADUN BN beritahu Agendadaily mereka memang sudah tahu ‘ jerat’ yang dipasang dan taktik ADUN pembangkang nak gagalkan sidang dewan dengan mencetuskan kekecohan itu.
“Kalau gaduh…habislah,”katanya.
Katanya kalau nak diikutkan hati melihat gelagat para ADUN pembangkang pasti akan jadi pergaduhan fisikal dalam dewan itu.
“Itu yang ADUN pembangkang mahu.Kalau itu terjadi dan Raja Muda tak jadi rasmi sidang dewan…maka tercapailah hasrat mereka,”katanya.
Ramai juga kalangan wartawan dan pemerhati dalam sidang DUN itu harian melihat Dr Zambry yang begitu cool menghadapi situasi yang amat panas ketika itu.
Kecuali bertegas kepada pendirian BN beliau tidak langsung memekik terlolong melawan tindak tanduk para ADUN pembangkang.
Lebih menghairankan para ADUN pembangkang jadi macam orang yang hilang akal tidak tahu peraturan dewan bila mereka melangkah sempadan masuk ka galeri para ADUN BN semasa kekecohan itu.
Sebaliknya para ADUN BN tidak langsung melangkah ke galeri ADUN pembangkang.
Hal ini semua ‘ dipendam’ oleh media dan blogger pro pembangkang dalam,laporan mereka.
“Aku boleh bayang kalau mereka berdepan dengan misalnya Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob atau bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim yang kaki baran.Barulah buku dengan ruas.Pasti dah kena hentam tu kalau sudah kurang ajar dan buat kecoh sampai begitu sekali,”kata seorang wartawan media tempatan yang turut berada dalam dewan.
Bandaraya Ipoh secara keseluruhannya tenang-tenang saja sepanjang sidang dewan kecuali sekatan jalan menuju ke bangunan Darul Ridzuan.
Seorang wartawan Agendadaily lain yang bertugas membuat tinjauan sekitar bandaraya melihat urusan harian berjalan seperti biasa.Kata orang tak ada hal.
Ini nyata berbeza seperti yang dilaporkan oleh sesetengah media pembangkang bahawa suasananya bandaraya itu macam ‘ war zone’ iaitu istilah untuk gambarkan seolah suasana begitu tegang sekali.
Yang ada cumalah sebilangan penyokong pembangkang yang saja nak buat kecoh cuba masuk ke kawasan berhampiran dengan bangunan Perak Darul Ridzuan sedangkan larangan sudah diumumkan polis.
Begitu juga gelagat beberapa orang pemimpin pembangkang yang cuba ‘ curi masuk’ dengan menumpang kereta para ADUN pembangkang sedangkan mereka tidak ada kad jemputan rasmi.
Buat bising dan kecoh sana sini hingga kena tahan dan macam-macam ‘ perangai biasa’ – mungkin itu cara mereka untuk tunjukkan macam Malaysia sudah nak terbalik lingkup.
Sekurang-kurangnya kita boleh bagi Academy Award pada lakonan dan cara perang saraf pembangkang sepanjang menjelang,semasa dan selepas sidang DUN Perak.
Mereka pun tahu 31 vs 28 itu no go bagi mereka dalam sidang itu.Yang penting bagi mereka ialah political milage pesongkan persepsi agar semua orang merasa demokrasi sudah mati.
Di luar sana juga ada sebilangan yang terpekik-pekik mendesak supaya DUN Perak dibubarkan saja untuk memberi lauan rakyat negeri itu pilih semula kerajaan yang mereka mahu.
Ini termasuklah para bijak pandai dari Majlis Peguam dan mereka yang mendakwa kononnya ' cintakan demokrasi'.
Sayangnya mereka ini juga yang pekakkan telinga dan butakan mata semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bangga mengumumkan lompatan sekejap ADUN Bota Datuk Nasaruddin Hashim masuk PKR tidak lama dulu.Katanya itu demokrasi dan tidak perlu pilihanraya semula.
Begitu juga semasa Ketua Pembangkang itu sibuk dengan gembar gemburnya nak menjala 30 orang Ahli Parlimen BN untuk masuk ke Putrajaya menerusi pintu belakang termasuk terkejar-kejar para MP BN yang sedang melawat Taiwan.
Mengikut cakap Dr Zambry semasa pembangkang berkuasa selama 11 bulan para ADUN BN tidak pernah langgar peraturan semasa sidang DUN diadakan dan perdebatan sepanas manapun hanya setakat perang mulut.
"Kita tidak pernah langgar masuk galeri mereka,"katanya.
Anihnya semasa BN kini menguasai DUN mereka jadi ' lain macam'. Agendadaily
aku pun musykil:
ReplyDelete1) kata sidang bawah pokok tak sah?? so apsal kena buat usul batalkan sidang bawah pokok??
2) maknanya.. sidang bawah pokok tuh kira sah ler?? maknanya betol lah arahan speaker halau mereka2 yang patut di halau.....
3) maknyanya?? sapa yang buat khianat dan ingkar dengan undang2.... sapa yang biarkan Raja Muda tunggu sampai 5 jam ( pasal tak mau nak keluar)
4) sapa yang lantik speaker baru sedangkan raja muda tak buat lagi titah pembukaan??? siapa??? siapa???
LU PIKIR LAH SENDIRI.....
Panjang ceritanya yer?soalan saya pendeka aje kat penulis ini.macam mana kalau pada hari isnin ini mahkamah mengumumkan nizar masih sah jadi mb perak?.tapi kamu jangan takut lah sebab tak akan mungkin nizar jadi mb kan.sebab itu zamry berani suruh dewan bersidang 7hb arahan zamry mendahului keputusan mahkamah.
ReplyDeleteAnakWarisan,
ReplyDeleteKalau pun mahkamah kata nizar ialah mb perak macammana 28 nak lawan 31 dalam DUN Perak?
Fikirkanlah.
SEDARA MAT NASIONALIS,KALAU AKU BAGI CEK KOSONG KAT KAMU DAH SIAP SAIN TAPI TARIKH DAN JUMLAH AKU TAK TULIS LAGI.BILA MASA PERLU NAK DITUNAIKAN CEK ITU,KAMU TULIS TARIKH DAN JUMLAH YANG KAMU NAK TUNAIKAN.DENGAN TANDA TANGAN YANG AKU DAH SAIN ITU KAMU DAPAT ATAU TIDAK TUNAIKAN CEK ITU DAN PIHAK BANK RAGU-RAGU TAK WALAU PUN KAMU YANG TULIS TARIKH DAN JUMLAH.KALAU KAMU TAK BERAPA FAHAM TENTANG CEK KAMU BOLEH TANYA KAWAN-KAWAN YANG KERJA DI BANK.
ReplyDeleteMelayu_dap,
ReplyDeleteTerima kasihlah kalau kamu nak bagi cek dekat aku yang dah disign awal-awal lagi. Tak payah taruh tarikh pun.Biar aku yang taruh tarikh, nama aku dan jumlahnya. Cek mesti laku punya. Yang penting kamu mesti ada duit dalam bank. Kalau tak ada duit, aku koyak sajalah cek itu. Pointnya ialah cek ialah satu financial intrument.
Berbedza dengan kes surat perletakan jawatan yang semua adun pakatan rakyat di perak kena sign. Ia bukan satu financial intrument.
Telah ada case precedent di Mahkamah Persekutuan surat macam ini tak laku dan tak boleh pakai. Itulah ceritanya secara mudah.
Kalau kamu tak faham jugak tanyalah sahabat kamu yang mana jadi peguam tu.
Ok.
SEDARA MAT NASIONALIS JANGANLAH BEREMOSI,RELAX.
ReplyDeleteKITA CUMA BERBEZA PENDAPAT DALAM POLITIK.TAPI DI DALAM MASJID KITA SEMBAH TUHAN YANG SAMA WALAU PUN SAYA SOKONG DAP SAYA TETAP MELAYU BERAGAMA ISLAM.BEGITU JUGA DENGAN SISTEM KEWANGAN DAN POLITIK KITA TETAP MENGUNAKAN MAHKAMAH UNTUK MENCARI KEADILAN.WALAU MACAM MANA PUN MAHKAMAH AKHIRAT ADALAH YANG LEBIH ADIL.
nak tanya soalan pada anak warisan atau melayu dap. rasanya keduadua ini macam dari satu sumber saja. satu soalan yang lojik bukan emosi.
ReplyDeleteSaya nak tanya satu soalan saja tentang islam dan mahkamah akhirat yang kamu bangkitkan dan gunakan sebagai senjata kamu untuk menunjukkan kamu seorang islam. Kalau boleh jawap saya akan hormat kamu. Kalau tak boleh jawap janganlah lagi bersifat hipokrit berselindung menggunakan agama islam yang maha suci.
apabila pemimpin agung pakatan rakyat anwar ibrahim memulakan perojek 16 sept 2008nya tahun lalu untuk menarik 30 orang wakil rakyat barisan nasional masuk pr dan dengan demikian akan dapat menumbangkan kerajaan persekutuan bn adakah anwar berbuat demikian dengan memikirkan islam dan mahkamah akhirat. sedangkan setengah pemimpin pas pun tak setuju dengan tindak-tanduk anwar. kamu pun tahu kan?
apa bezanya perbuatan anwar dengan perbuatan bn di perak? tak ada beza. bezanya cuma bn perak berjaya walhal perojek anwar gagal.
Mengapa kamu marah pada bn perak lalu kamu pakai islam dan mahkamah akhirat terhadapnya? mengapa pada anwar kamu tak pakai islam dan mahkamah akhirat sedangkan ia juga mempunya niat yang sama tapi gagal?
nampak ada double std kan?
cuba kamu terangkan kenapa? aku tak faham.
jawap jangan tak jawap!!!