18 April 2009

Tindakan gantung tugas Setiausah DUN Perak tidak sah

Apa ini Sivakumar mau main-main ka? Ini bukan sirkus di India boleh main silap mata. Awak kena hormati keputusan Mahkamah Persekutuan. Awak punya trick sudah habis la dan tak laku lagi. Tak lama lagi awak hilang la itu jawatan Speaker dan hilang itu elaun yang setaraf sama Exco. Bye bye !!!

IPOH 18 April — Tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar menggantung tugas Abdullah Antong Sabri sebagai Setiausaha DUN Perak seperti yang dilaporkan media hari ini adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan, kata Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Perak Datuk Dr Abdul Rahman Hashim.

Beliau berkata jawatan Setiausaha DUN Perak adalah jawatan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) Gred M52 yang diluluskan oleh pihak berkuasa negeri melalui waran perjawatan yang ditandatangani oleh Menteri Besar Perak.

“Proses pelantikan dan pengisian jawatan itu memerlukan kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Selepas itu selaku SUK kerajaan negeri Perak dan bagi pihak kerajaan negeri, saya akan mengeluarkan surat rasmi pelantikan Setiausaha DUN Perak.

“Dengan ini dimaklumkan bahawa pihak JPA mahupun kerajaan negeri atau saya tidak ada mengambil sebarang tindakan ke atas Abdullah,” katanya di sini hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment